Datangku tidak diundang
Pergiku mana mungkin didendang
Hanya cuma secebis kasih yang hilang
Dari sudut cahaya yang terang
Aku datang membawa cinta
Aku pergi membawa rasa yang sama
Kerana satu pun tak terkurang
Satu pun tidak ditagih orang
Biar hari ini siangku bertukar senja
Biar malam ini langitku bertukar warna
Biar nanti tak seorang pun peduli
Perihal aku tak lagi di bumi
Esok hatiku bertukar baru
Mengajar diri melupakan yang dulu
Ya memang semuanya sukar
Ya mungkin ku akan terdampar
Nanti jua aku menghitung hari
Nanti jua aku mengenang mimpi
Nanti jua aku menanggung sepi
Nanti aku seorang yang dihenyak sunyi
Noah, July 8, 2018
image source